Hey click me..

Tuesday 14 April 2015

Siaran Kartun Yang Perlu Dielakkan

Hi dan Assalamualaikum mommies.

Anak-anak zaman sekarang memang suka sangat menonton kartun. Kadang-kadang sampai larut malam pon, ada lagi yang leka menonton kartun sampai tak bagi chance langsung kat mak ayah untuk tengok siaran lain. Kalau difikirkan balik, bagus kah semua siaran kartun yang anak-anak anda tonton tu? Pernah tak parents sendiri memantau siaran kartun apa yang anak-anak suka tengok dan apakah kesan terhadap anak-anak?


Sesetengah pihak berpendapat bahawa terlalu mendedahkan anak-anak pada siaran kartun akan meninggalkan kesan negatif seperti "anti-social". Sepatutnya, pada usia awal anak-anak, mereka diberi pendedahan untuk meransang perkembangan minda mereka bagi menjadikan mereka lebih kreatif. Antara aktiviti yang disarankan bagi merangsang perkembang minda anak-anak ialah membaca. bermain permainan 'jigsaw puzzles, origami, membuat aktiviti kraf tangan dan bermain diluar rumah. Bagaimanapun, ibu-bapa hari ini kebanyakannya bekerja dan ramai yang menjadikan gadget dan tv sebagai 'baby-sitter".

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pengaruh TV terhadap anak-anak ialah:

-Menghadkan waktu menonton (1 jam adalah maksimum bagi anak-anak dibawah 6 tahun).
-Menemani anak-anak menonton TV. Banyak perkara yang boleh dijelaskan oleh ibu-bapa supaya anak-anak tak tersalah faham.
-Memantau siaran yang ditonton oleh anak-anak

Dibawah ini pula adalah siaran-siaran kartun yang perlu dielakkan bagi anak-anak dibawah 6 tahun:

1) Caillou:


Merupakan siaran kartun dari Canada yang mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai seorang adik perempuan. Percakapan kasar terhadap adiknya dikhuatiri boleh mempengaruhi anak-anak yang menonton siaran ini.Walaupon rancangan ini bertujuan untuk mengajar kanak-kanak untuk menghormati adik-beradik, tetapi banyak juga unsur-unsur kurang beradab yang dipaparkan pada awal siaran.

2) Teenage Mutant Ninja Turtles:



Walaupun ramai ibu-bapa yang membesar dengan menonton siaran ini dan tiada sebarang kesan terhadap mereka, siaran ini sebenarnya banyak menyampaikan negatif impak terhadak kanak-kanak. Dalam rancangan ini, 4 Ninja yang selalu bertarung dengan penjahat boleh dianggap mempunyai unsur keganasan. Jika diperhatikan, selepas setiap kemenangan oleh Ninja-Ninja tersebut akan diakhiri dengan habuan beberapa kotak Pizza. Di US, kesannya terhadap kanak-anak ialah 'obesity' yang juga mempengaruhi selera makan kanak-kanak yang lebih cenderung untuk makan makanan segera.

3) Tom and Jerry:


Ramai ibu-bapa mengadu tentang siaran ini yang mempengaruhi sikap anak-anak mereka yang mejadi lebih ganas. Rancangan ini yang mengisahkan Tom dan Jerry yang selalu bergaduh sehinnga menyebabkan kecederaan pada Tom seperti patah kaki, tengkorak yang terkeluar sedikit sebanyak mempengaruhi cara interaksi anak-anak dengan adik-beradik yang lain.

4) Richie Rich:


Rancangan ini banyak mengisahkan tentang kepentingan duit dalam kehidupan seharian. Watak utamanya, Richie Rich selalu disogok dengan pembeliah hadiah oleh si bapa jika anaknya menunjukkan prestasi yang bagus dalam akademik. Siaran ini dikhuatiri menjadikan seorang kanak-kanak meterialistik.

5) Looney Tunes:


Siaran ini juga didapati mempunyai unsur yang sama dengan siaran Tom and Jerry iaitu unsur keganasan. Banyak kecederaan yang berlaku akibat perbalahan sesama watak kartun dalam siaran ini.

6) Pokemon:

Pertempuran antara Pikachu dan pelatihnya, Ash banyak memaparkan unsur-unsur keganasan. Kebolehan Pikachu untuk mengeluarkan kuasa elektrik boleh mencederakan pihak lawannya. Kesan buruk juga dapat dilihat daripada 'flashing' kuasa elektriknya yang membuatkan siaran blur yang menyebabkan keburukan pada mata kanak-kanak. Di Jepun, ramai kanak-kanak menghadapi 'epileptic attack' akibat terlalu banyak menonton Pokemon.

7) Dragonball Z:


Banyak siaran kartun Jepun yang memaparkan unsur-unsur keganasan, dan Dragonball Z juga antara salah satunya. Siaran ini juga meyakinkan kanak-kanak bahawa setiap nyawa yang mati akan kembali dengan kuasa yang lagi hebat untuk melawan musuh-musuh mereka.

8) The Little Mermaid:



Rancangan ini menonjolkan sikap si anak perempuan yang selalu melawan cakap ayahnya tetapi tetap disayangi si ayah. Banyak perkara yang dilarang oleh si ayah tetapi tetap dibuat oleh Little Mermaid ini.

Terlalu banyak siaran kartun pada zaman ini. Apa-apa pun, terpulang pada ibu dan ayah untuk mengawal tahap obsesi anak menonton TV. Langkah terbaik untuk mengelak pengaruh buruk TV terhadap anak-anak ialah dengan meluangkan masa bermain bersama mereka. Sedikit siaran kartun mungkin dibolehkan untuk hiburan anak-anak, tetapi pilihlah apa yang bagus untuk mereka bersesuain dengan umur mereka, Mungkin ibu bapa boleh pilih senarai kartun yang bersesuaian dengan anak-anak disini

1 comment:

  1. Hiya, I’m really glad I have found this info. Nowadays bloggers publish just about gossip and net stuff and this is actually annoying. A good web site with exciting content, that is what I need. Thanks for making this web site, and I will be visiting again. Do you do newsletters by email?
    pure aloe vera gel

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...