Hey click me..

Thursday 9 April 2015

Aktiviti Hujung Minggu Bersama Anak-Anak

Hi dan Assalamualaikum buat semua mommies.

Hujung minggu bakal tiba. Dah plan ke nak bawa anak-anak pegi mane minggu ni? Tiap-tiap minggu bawa anak-anak keluar pergi shopping mall pon boring juge ye. Lagi-lagi bile tibe hujung bulan tu, bajet pon kureng jugak nak bawak anak keluar pi mall. Sekali keluar, kos minyak kete, tol, parking, duit makan paling kurang pon kene habis dalam 300-400 jugak. Tu belom tambah mainan anak lagi. So sesekali spend hujung minggu kat rumah buat aktiviti santai pon best jugak ye dok?



Daripada x buat pape, tgk tv je, apakata mommies plan something yg menarik yg semua orang dalam rumah boleh join. Termasuk la si ayah sekali. Jom tgk antara aktiviti yg momies boleh plan:

1) Memasak:



Yang ni memang semua orang boleh join. Kalau boleh momies semua masaklah dish yang bukan selalu momies masak. Contoh yg paling best untuk anak teruja nak join ialah baking cupcakes. Anak-anak pasti teruja nak cuba guna piping bag untuk decorate cupcakes tu.

Beri la peluang untuk anak-anak cuba sendiri walaupon cara anak-anak mungkin tidak sekemas atau secantik teknik mommies. Yang penting anak-anak happy dan boleh mencuba aktiviti baru. Tentang resepi plak mommies jgn risau, google je.

Pernah buat cupcake dengan one of anak sedara. Boleh tahan jugak skill piping die.. Tegok kan main tekun lagi si kakak ni. Siap request nak decorate dengan sprinkle.

2. Bermain permainan video bersama:

So sweet kan?
 Anak-anak zaman sekarang memang suka main game. Ape kata kali ni mak, ayah, kakak, abang, atok, nenek sume join main Play Staition. Cubalah permainan lumba kereta ke, boxing ke, mesti meriah rumah dengan gelak ketawa anak-anak. Kalau si ayah yang dah terrer maen tu, jangan lupe bagi peluang kat mommy menang. Yelah, kalo mommy yang menang mesti puas hati dan nak maen lagi. Hihi.

3.  Camping/ berkhemah:



Ha yang ni pulak tak perlu nk gi hutan bagai.Camping belakang umah je. Anak-anak mesti happy punye. Belah malam nye boleh la buat bbq ayam. Hiks pasti meriah!!

4) Karaoke.



Ha Karoks la nko nak karoks sgt. Yang ni sure happening punye. Tp bagi yg ade anak ramai tu, make sure microfon ade byk. Kang berebut plak nanti,

5) Swimming:



Swimming adalah aktiviti yang memang sgt digemari kanak-kanak. Untung kepada siapa yg rumahnya jenis apartment atau kondo, service swimming pool sememangnya percuma. Tp bagi yg tida swimming pool, boleh juga berkunjung ke public pool. Rasenye bayaran yg dikenakan tidak la terlalu mahal. Selain dapat merapatkan ikatan kekeluargaan, boleh juga dianggap sebagai senaman. Boleh lah kuruskan badan juga.

6) Berbasikal:


Boleh dilakukan sebagai riadah pagi dan petang. Berbasikal keliling taman perumahan atau ke taman terdekat antara pilihan yanag boleh dibuat oleh parents. Jangan risau, biasanya taman-taman sekarang ada menyediakan perkhidmatan sewa basikal.

Sebenarnya memang banyak aktiviti-aktiviti yg boleh dilakukan oleh parents dengan anak-anak, Hujung minggu lah peluang buat ibu-bapa utk spent mase dgn anak-anak, Jangan biarkan anak terlalu leka dgn tab dan ipad mereka, Sesekali aktiviti-aktiviti begini memang diperlukan. Banyak manfaatnya selain menguuatkan ikatan kekeluargaan, kesihatan pon dapat dijaga. ok rasenye itu saja coretan buat kali ini. Till we meet again. thanx for reading ya!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...